Penumpang Terkandas: KTMB Tawar Diskaun 50% Untuk Semua Penumpang Di Lembah Klang

LocalTravel
3 Jun 2025 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara operasi tren lewat, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang perjalanan kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang sebanyak 50% bermula 3 Jun hingga 4 Jun Jun 2025.

Untuk itu, KTMB turut memohon maaf kepada para penumpang tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah Klang yang terkesan akibat kelewatan tren susulan kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan yang sedang dilaksanakan di antara Stesen Kepong hingga Stesen Salak Selatan yang telah bermula 30 Mei lalu.

image is not available

Ketika ini, perkhidmatan tren yang mengalami kelewatan adalah seperti berikut:

Perkhidmatan ETS

a) Kesemua perkhidmatan ETS laluan KL Sentral – Butterworth, KL Sentral – Padang Besar, Segamat – Padang Besar, Segamat – Butterworth mengalami kelewatan melebihi 120 minit.

KTM Komuter Lembah Klang

a) Laluan Pulau Sebang – Batu Caves – Pulau Sebang; b) Laluan Tanjung Malim – KL Sentral – Tanjung Malim;

image is not available

Kerja-kerja naik taraf sistem semboyan ini dijangka siap sepenuhnya pada 2 Jun 2025.

Ia adalah sebahagian daripada kerja-kerja naik taraf di bawah projek Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang 1 (KVDT 1) untuk memastikan sistem semboyan yang lebih cekap, selamat dan mampu menyokong operasi tren penumpang yang semakin meningkat di Lembah Klang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved