Penumpuan angin dijangka di Pantai Timur, utara Semenanjung

2 Dec 2023 • 2:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR- Penumpuan angin yang boleh menyebabkan peningkatan kelembapan, dijangka berlaku di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

Berdasarkan ramalan cuaca dikeluarkan agensi itu pada 1 tengah hari tadi, ramalan berdasarkan analisis model cuaca mendapati keadaan itu berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

Pada masa sama, MetMalaysia memaklumkan Amaran Hujan Berterusan pada tahap buruk dan waspada yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak, telah dikeluarkan sehingga 3 Disember.

Sementara itu, di negeri-negeri lain, agensi itu memaklumkan ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga malam.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MetMalaysia, serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved