Penunggang cedera motosikal tergelincir akibat tumpahan minyak

3 Jun 2026 • 4:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Penunggang cedera motosikal tergelincir akibat tumpahan minyak

KENINGAU: Seorang penunggang motosikal cedera selepas tergelincir akibat tumpahan minyak di Jalan Tamu Ground baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada jam 10.19 pagi itu berpunca daripada beberapa beg plastik mengandungi sisa minyak terjatuh daripada sebuah kenderaan yang sedang bergerak sebelum pecah menyebabkan permukaan jalan menjadi licin dan berbahaya.

Sejurus mendapat panggilan kecemasan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau yang diketuai oleh Azwan Hamirin dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu telah dibantu orang awam dan dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum ketibaan pasukan bomba.

Anggota bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan menggunakan semburan air dan buih bagi membersihkan serta meneutralkan tumpahan minyak tersebut.

Operasi yang turut mendapat bantuan kawalan lalu lintas daripada pihak polis itu tamat pada jam 11.03 pagi selepas jalan berkenaan disahkan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved