Penunggang ‘Ducati’ Maut Jatuh ‘Flyover’, Netizen Seru Pelaku Lawan Arus – “Cari Sampai Dapat!”

15 Jun 2023 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati maut selepas tercampak dari flyover di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Menerusi rakaman CCTV yang tular di media sosial, penunggang Ducati itu dilihat cuba mengelak dari penunggang motosikal yang melawan arus namun terbabas dan tercampak ke bawah jambatan.

Menurut laporan Awani, mangsa dikenali sebagai Ahmad Fadzil ditemui maut dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Smart Sungai Klang.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menggesa pihak polis untuk mengesan penunggang motosikal yang melawan arus tersebut dan dihukum dengan tindakan yang sewajarnya.

image is not available

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata polis ketika ini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak SUKE.

Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang tidak dapat dikenal pasti berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

Dua Pelajar Uni Buat S*ks Dalam Kelas Kosong, Rupanya Tak Perasan Ada CCTV! Kawan & Pensyarah Syok Tengok 'Live'