Penunggang maut motosikal terbabas

LocalCars
14 Oct 2024 • 11:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa terlibat dalam kemalangan sebelum susur keluar Plaza Tol Ulu Tiram, Lebuhraya Senai-Desaru pada Ahad. Foto IPD Seri Alam

JOHOR BAHRU - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan sebelum susur keluar Plaza Tol Ulu Tiram, Lebuhraya Senai-Desaru pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaim Ishak berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun.

"Siasatan mendapati kemalangan itu berlaku sekitar jam 7.40 malam apabila motosikal ditunggang lelaki terbabit hilang kawalan hingga terbabas di tepi bahu kiri jalan.

"Akibatnya, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan parah pada muka dan kaki kiri dan dilaporkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultan Ismail (HSI) di lokasi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved