Penunggang maut motosikal terbabas

LocalCars
30 Nov 2024 • 10:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing pada Jumaat. - Foto: FB Polis Trafik Kuantan

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang terbabas di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Nicholas Lai Wei Bin, 23, beralamat dari Kolong Pahat Sungai Lembing disahkan meninggal dunia jam 3.30 petang ketika menerima rawatan di sebuah hospital di sini pada hari yang sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan kira-kira jam 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Ninja EX250Y itu dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Lembing menghala ke Kuantan.

"Ketika tiba di lokasi, mangsa yang bekerja sendiri dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke bahu jalan.

"Kejadian berlaku di laluan lurus ketika cuaca hujan lebat," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, mangsa yang parah dihantar menerima rawatan ke sebuah hospital di sini sebelum disahkan meninggal dunia sejam selepas kemalangan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved