Penunggang motor maut di Papar

20 Nov 2025 • 4:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Seorang penunggang motosikal berusia 28 tahun maut dalam kemalangan di Km 11, Jalan Lama Papar–Kota Kinabalu (Pan Borneo) di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah, Supt Kamaruddin Ambo Sakka berkata sebuah Perodua Axia dipandu lelaki berusia 53 tahun keluar dari pusingan-U sebelum bertembung mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Papar menuju Kota Kinabalu. Disebabkan jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian kiri hadapan kereta berkenaan,” katanya.

Menurut Kamaruddin, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan Hospital Papar.

Mayat dibawa ke unit forensik untuk bedah siasat.