
PAPAR: Seorang penunggang motosikal berusia 48 tahun maut selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori di KM5 Jalan Papar – Beaufort, di sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian berlaku apabila mangsa memintas sebuah lori ketika menghala ke Kota Kinabalu kira-kira jam 2.20 petang.
“Lori yang dipandu lelaki berusia 30 tahun bersama seorang penumpang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dari arah Lawas di lorong kiri tiba-tiba memintas mangsa yang menaiki motosikal.
“Disebabkan jarak yang singkat, pemandu tidak sempat menekan brek yang menyebabkannya melanggar bahagian belakang motosikal mangsa,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Susulan rempuhan itu, mangsa tercampak dari motosikalnya sebelum diseret ke bawah lori sebelum kedua-dua kenderaan itu berhenti selepas melanggar tiang elektrik berhampiran yang terletak di bahu jalan.
Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Papar yang berada di tempat kejadian manakala pemandu lori dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Papar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, sepasukan anggota terdiri daripada enam anggota diketuai Pegawai Kanan Henry Hilarion dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Papar dikejarkan ke lokasi selepas dimaklumkan pada jam 2.34 petang.
Jurucakap jabatan berkata pasukan itu segera menjalankan operasi untuk mengeluarkan mangsa, dikenali sebagai Moksin Aduruk, yang tersepit di bawah lori.
Selepas selesai, mayat gemulah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pukul 3.47 petang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

