
PUTATAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di km 10 Jalan Papar–Kota Kinabalu, dekat pusingan U di Taman Bersatu, pada Rabu malam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang DSP Erwansyah Abdul Basir, kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 malam.
“Sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 40 tahun sedang membuat pusingan U dari arah Kota Kinabalu menghala ke Petagas apabila bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah Ketiau,” katanya.
