
TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Lapangan Terbang Tawau sekitar jam 10.30 malam, Sabtu.
Ketua polis Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa, 33, dilaporkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tercampak sejauh 21.6 meter ke bahu jalan.
Menurutnya, siasatan polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku di antara seorang pemandu e-hailing lelaki, 38, yang memandu Perodua Alza, Proton Saga dipandu seorang wanita, 36, dan motosikal Honda ditunggang mangsa maut.
“Pemandu Alza sedang menuju ke Lapangan Terbang Tawau untuk mengambil penumpang, manakala pemandu Proton Saga bersama seorang penumpang lelaki, 37, dari tempat kerja dan mangsa pula dari arah sama iaitu Lapangan Terbang Tawau.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Penunggang motosikal cuba memotong Proton Saga dengan memasuki laluan bertentangan, namun, akibat jarak terlalu dekat, mangsa melanggar bahagian hadapan kanan kereta Alza lalu terhumban ke arah cermin hadapan Saga.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa turut tercampak sejauh 21.6 meter ke bahu jalan sebelah kiri dari arah Lapangan Terbang Tawau,” katanya.
Jasmin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala, pemandu Proton Saga dan penumpangnya serta pemandu e-hailing cedera ringan.
Tambahnya, kemalangan itu mengakibatkan kerosakan di bahagian hadapan Alza dan Saga, manakala, motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk.
Katanya, polis masih meneruskan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

