Penunggang motor parah dirempuh

11 Apr 2025 • 2:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas dirempuh sebuah Perodua Alza yang sebelum itu melanggar tiang elektrik sehingga tumbang di Jalan Chong Thien Vun sekitar jam 6 petang Rabu.

Ketua Polis Daerah ACP Jasmin Hussin berkata mangsa, 28, kini masih dirawat di Hospital Tawau, manakala, lelaki yang memandu Alza, 41, tidak cedera.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika pemandu Alza, dalam perjalanan menuju ke kuarters RTM dari Jalan Mawar, dipercayai tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh tiang elektrik di pembahagi jalan.

“Kereta itu kemudian merempuh motosikal ditunggang mangsa lelaki itu, yang menuju ke rumahnya di Taman Dahua 6,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Kedua-dua kenderaan rosak teruk dalam kejadian itu, yang turut menyebabkan kesesakan lalu lintas, dan tular melalui rakaman kamera papan pemuka yang dikongsikan pengguna jalan.

Jasmin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

View Original Article