Penunggang Motosikal, 2 Pembonceng Maut Bertembung 4WD

16 Jul 2023 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kesemua mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian - gambar hiasan

SIBU --  Seorang penunggang motosikal serta dua pemboncengnya maut di tempat kejadian apabila motosikal dinaiki terlibat dalam nahas jalan raya setelah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Embuau Song, Kapit petang semalam. 

Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, ketiga-tiga mangsa maut iaitu Joshua Richard, 38, Jimbai Ujam, 57, dan Sempun Lau, 51 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kenyataan itu memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 5.38 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song terus digerakkan ke lokasi.

Sementara itu, jurucakap BBP Song ketika dihubungi berkata berdasarkan maklumat diperoleh, mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Pekan Song menuju ke arah Kapit bertembung dengan sebuah 4WD. -- BERNAMA