Dua individu maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan jenis Perodua Kembara di Kilometer 11, Jalan Pan Borneo, pada Ahad pagi.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 8.50 pagi itu meragut nyawa seorang penunggang motosikal berusia 34 tahun dan seorang pemandu warga emas berusia 75 tahun.
Tragedi konvoi: Pemandu, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kenderaan bertembung
PAPAR – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di pada Ahad pic.twitter.com/l5B7UTkb7w
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke Keningau selepas menghadiri Festival Pemotoran Berkuasa Besar Antarabangsa Pulau Borneo (BIIBBF) di Kota Kinabalu, dan berada di lorong laju semasa kejadian berlaku.
Sebuah kenderaan yang berada di lorong bertentangan dilaporkan membuat pusingan U secara tiba-tiba, mengakibatkan pelanggaran dengan motosikal yang dipandu mangsa.




“Akibat daripada kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dari Hospital Papar,” katanya.
Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik bagi tujuan pengecaman dan bedah siasat. Pihak polis kini sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
The post Penunggang motosikal berkuasa tinggi & pemandu warga emas maut selepas bertembung appeared first on The Reporter.


