Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

16 May 2024 • 10:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera pada bahagian muka. Foto ihsan bomba

image is not available
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang. Foto ihsan bomba

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas dihempap pokok tumbang berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin di sini pada Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 6 pagi.

"Seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Seremban telah ke lokasi.

"Sebaik sampai didapati seorang lelaki berusia 33 tahun yang menunggang motosikal telah dihempap pokok tumbang," katanya pada Khamis.

Menurutnya, mangsa mengalami cedera ringan pada bahagian muka dan diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Ujarnya, kerja-kerja pembersihan pokok yang tumbang telah dilakukan dan selesai jam 7.02 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!