Penunggang motosikal 'kayangan', Caprice sindir isu berat sebelah

5 May 2023 • 7:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Caprice

SHAH ALAM - Pempengaruh Caprice mengkritik tindakan pihak berkuasa yang seolah-olah melindungi penunggang motosikal ‘kayangan’ dan hanya mengenakan tindakan undang-undang kepada pengguna motosikal marhaen.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menyindir tentang kes seorang penunggang motosikal kapcai di Kelantan yang didakwa kerana melakukan aksi lagak ngeri di atas jalan raya.

“Siapa suruh hang naik motosikal kapcai harga RM7,000. Cuba bawa Ducati yang berharga RM200,000.

“Ini budak Ducati tak ada pergi mahkamah atau kena kutip sedangkan video dah jelas. Ingat lain kali kalau nak buat jenayah cuba bawa Ducati,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri ditahan polis selepas rakaman video mereka menunggang motosikal sambil membuat aksi lagak ngeri yang tular di media sosial.

Selain kes di Kelantan itu, sepasang lagi pasangan di Kuantan, Pahang juga dituduh dan dihadapkan di mahkamah.

Susulan itu timbul persoalan pilih kasih dalam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pesalah kayangan dan golongan bawahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved