Penunggang motosikal maut digilis lori di Tuaran

9 Feb 2026 • 4:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Tuaran Bypass berhampiran hospital Tuaran di sini, petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Sallahuddin Basrun, 45, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan lori dan motosikal.

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri untuk memberi laluan kepada ambulan.

“Bagaimanapun, semasa memberi laluan, sebuah motosikal cuba memintas dan berlaku pergeseran terhadap kenderaan lori berkenaan,“Akibatnya penunggang motosikal berkenaan terjatuh ke bawah lori dan digilis pada bahagian perut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Noraidin, penunggang itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Noraidin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya,” tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved