Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Sebuah Lori Di Kuching

23 Oct 2022 • 9:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berlanggar dengan sebuah lori

Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Sebuah Lori Di Kuching. Seorang penunggang motosikal meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Datuk Tawi Sli di sini, semalam.

image is not available
Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Sebuah Lori Di Kuching. Sumber: Utusan Borneo

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, mangsa yang berusia 21 tahun semasa kejadian menunggang motosikal dari arah pusat bandar raya sekitar jam 1.25 petang.

Menurutnya, mangsa dilaporkan berlanggar dengan sebuah lori.

Meninggal dunia dilokasi kejadi

“Penunggang motosikal berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca lagi artikel terkini: