Penunggang motosikal maut nahas tiga kenderaan

LocalCars
14 Nov 2024 • 4:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penunggang motosikal melanggar bahagian belakang lori yang rosak di lorong kecemasan.

KULAI - Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di kilometer (KM) 43.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan motosikal Yamaha FZ150, lori Hino dan kereta Proton Waja.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal, seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun hilang kawalan dan melanggar belakang lori yang mengalami kerosakan di lorong kecemasan.

“Dalam masa sama, kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun tidak sempat mengelak motosikal yang telah jatuh di atas jalan.

“Akibatnya, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini, untuk bedah siasat.

Pemandu lori dan pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Ruslan Mohamed di talian 013-3063710 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved