Penunggang motosikal maut rempuh treler rosak

30 May 2025 • 3:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar treler rosak sebelum dilanggar kereta di Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Kluang.

KLUANG - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM63) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda ADV160 melanggar bahagian belakang lori treler jenis Scania yang mengalami kerosakan dan diletakkan di lorong kecemasan serta mempunyai kon.

Beliau berkata, ketika kejadian pemandu treler yang dikatakan dari Johor Bahru menuju ke Sepang sedang menghubungi pihak PLUS untuk bantuan.

"Akibat perlanggaran itu mangsa seorang lelaki berusia 23 terjatuh di lorong bahagian kanan dan dilanggar sebuah kereta jenis Mazda CX5 dari arah yang sama menuju ke Melaka.

"Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bahrin berkata, kedua-dua pemandu lori treler dan kereta tidak mengalami kecederaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1967. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved