Penunggang Motosikal Paling Ramai Terima Notis Advokasi

16 Sep 2025 • 10:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, penunggang motosikal mencatatkan jumlah paling ramai menerima notis advokasi dalam kempen Operasi Patuh Undang-Undang (Ops PUU) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang diadakan selama dua hari.

Secara keseluruhan, sebanyak 6,684 notis advokasi dikeluarkan, dengan 6,284 notis dalam tempoh itu melalui operasi harian dan 400 lagi dalam Ops Didik iaitu operasi khusus untuk pelajar sekolah.

image is not available

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata daripada jumlah itu, penunggang motosikal menerima 3,132 notis, manakala pemandu kereta mencatatkan 2,813 notis.

Menurutnya, pemandu van menerima 120 notis, lori (103), teksi (182) dan pejalan kaki pula 334 notis.

"Kesalahan paling tinggi yang dikesan ialah halangan lalu lintas sebanyak 3,134 kes, diikuti lain-lain kesalahan seperti tiada cermin sisi, tiada cukai jalan, tayar botak dan tiada penutup rantai dengan 1,632 kes.

"Kesalahan lain membabitkan mengabaikan isyarat lalu lintas (494), berhenti di petak kuning (380), nombor plet kotor, kabur atau 'fancy' (411), tidak memakai tali pinggang keledar (328) dan tidak memakai topi keledar (305)," katanya.