Penunggang motosikal patah kaki kanan

LocalHealth & Fitness
12 Jan 2025 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

Tuaran: Seorang lelaki berusia 37 tahun cedera parah apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan melibatkan kenderaan lain di Jalan Tuaran berhampiran Taman Telipok Ria di sini, Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa yang menunggang motorsikal berkenaan mengalami patah kaki di bahagian kanan.

AdvertisementKetua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.07 petang.

Katanya, seramai tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Sebaik tiba, mangsa diberi rawatan awal dan dibawa menaiki EMRS ke hospital Tuaran untuk rawatan lanjut”.

“Dua lagi mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Axia dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, pasukan bomba turut bertindak menjalankan pemeriksaan kenderaan dan sekitar lokasi bagi mencegah bahaya lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 1.30 petang,” tambahnya.