Penunggang Motosikal Rempuh Pegawai JPJ Direman Empat Hari

18 Sep 2023 • 2:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Semalam tersebar video menunjukkan seorang penunggang motosikal merempuh pegawai JPJ dalam cubaan larikan diri daripada Sekatan Jalan Raya (SJR).

Suspek bagaimanapun telah ditahan semasa kejadian dan kini pihak Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson, Uthman Abd Ghani telah mengeluarkan arahan reman empat hari.

Ketika kejadian, suspek yang menunggang Yamaha Y125ZR telah melanggar sekatan jalan raya dan merempuh Pegawai JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

Hasil siasatan juga mendapati suspek ada lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah. Dia juga tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan dah tamat tempoh sejak 2012.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved