Penunggang Motosikal Wanita Buat Aksi Superman Raih Tumpuan Ramai [Video]

11 Jul 2023 • 12:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bukan sekali atau dua, tetapi sudah berulang kali pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan atau kemalangan.

Namun perkara ini seperti ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’. Meskipun banyak kemalangan yang berlaku disebabkan tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab ketika di atas jalan raya, tetapi perkara itu masih belum cukup untuk membuatkan mereka sedar.

Tular video penunggang motosikal buat aksi superman

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya ketika berada di sebuah lebuh raya.

Menerusi video dikongsikan oleh Mynewshub, kelihatan sebuah motosikal dipercayai berwarna putih sedang melakukan aksi superman.

Malah apa yang mencuri tumpuan, motosikal itu bukan hanya dipandu dengan laju malah dia turut memotong kenderaan lain pada jarak dekat sambil melakukan aksi superman tersebut.

Ubah laluan dan memotong pada jarak dekat

Dia juga turut dilihat kerap mengubah laluannya dan kekal dalam posisi tersebut untuk tempoh yang lama.

Kelihatan satu lagi motosikal turut mengekori individu berkenaan.

Walaupun keadaan lebuh raya dipenuhi dengan kenderaan lain namun aksi berani itu tetapi diteruskan oleh penunggang motosikal berkenaan.

Penunggang buat aksi superman dipercayai wanita

Menurut Mynewshub, dipercayai individu yang melakukan aksi superman itu adalah wanita.

Malah perkara itu dapat dilihat pada saat ke 0:39 di dalam video apabila kelihatan seperti tudung yang dipakainya berterbangan.

Betul-betul tak sayang nyawa

Melihat di ruangan balas, ramai yang mengecam tindakan individu berkenaan dan menyifatkan ia adalah satu tindakan yang boleh membawa maut.

Malah ada juga pemandu yang menyatakan mereka adakalanya berasa takut apabila terdapat penunggang motosikal yang berkelakuan begitu ketika berada di atas jalan raya.

“Dia orang ni mencari maut, bukan maut datang menjemput mereka”

image is not available

“Wahai brother (abang) sekalian, rasanya PDRM tengah cari nak bagi hadiah gelang”

image is not available

“Minah rempit”

image is not available

“Rider perempuan lagi menakutkan dari driver perempuan”

image is not available