Penunggang p-hailing maut dihempap pokok tumbang

6 Dec 2025 • 9:00 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang, manakala seorang pemandu kereta wanita cedera dalam kejadian di Jalan Tun Razak–Ayer Keroh, berhampiran Taman Delima Raya, Melaka, hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh PBK II Iswandy Ariffin mangsa yang berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Jelasnya, Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.30 petang dan jentera tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta yang dipercayai berpunca daripada pokok tumbang.

“Pasukan bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang terhempap di bawah pokok berkenaan selain melakukan pemotongan dan pembersihan pokok tumbang sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, operasi disertai lapan anggota itu tamat sepenuhnya pada 3.18 petang. - 6 Disember, 2025

The post Penunggang p-hailing maut dihempap pokok tumbang appeared first on Scoop.