Penunggang RXZ maut bertembung treler di JRTB Gerik-Jeli

23 Aug 2025 • 2:42 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

GERIK – Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 45, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 9 pagi membabitkan mangsa berusia 36 tahun yang menunggang dari arah Gerik menuju ke Jeli.

“Ketika melalui selekoh ke kiri, motosikal mangsa dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Samad, pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan dalaman pada bahagian perut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved