Penunggang wanita maut digilis treler di Jalan Klang Utama

9 Apr 2024 • 6:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggani dilanggar sebelum mangsa digilis sebuah lori treler dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi, di Jalan Klang Utama, Klang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dalam kemalangan yang berlaku berhampiran dengan sebuah kilang minuman itu, mangsa telah diseret sejauh kira-kira 6 meter.

Ahmad Mukhlis berkata mangsa yang berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kapar menuju ke Klang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara telah digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved