Penuntut kolej dirempuh, diseret treler langgar lampu merah

21 Nov 2026 • 12:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penuntut kolej dirempuh, diseret treler langgar lampu merah
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah treler merempuh motosikal ketika melintasi persimpangan lampu isyarat sehingga penunggangnya terjatuh dan terseret.
Image from: Penuntut kolej dirempuh, diseret treler langgar lampu merah
Mangsa ditenangkan oleh orang awam yang membantu.
Image from: Penuntut kolej dirempuh, diseret treler langgar lampu merah
Keadaan treler yang melanggar motosikal di persimpangan lampu isyarat di sebuah pasar raya di Kampar pada Jumaat.
Image from: Penuntut kolej dirempuh, diseret treler langgar lampu merah
Keadaan motosikal mangsa selepas dirempuh treler.

KAMPAR - Seorang penuntut kolej berdepan detik ngeri apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh dan diseret sebuah treler di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di sini pada Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.45 petang di Kilometer 34, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur itu tular selepas rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dikongsi di media sosial.

Berdasarkan rakaman tersebut, sebuah treler dilihat merempuh sebuah motosikal ketika melintasi persimpangan lampu isyarat sehingga penunggangnya terjatuh dan terseret.

**media[3717635]**

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa, lelaki berusia 19 tahun, terselamat dan mengalami kecederaan pada kaki kiri.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun dari arah Kampar menghala ke Ipoh melanggar lampu isyarat merah.

"Treler itu kemudian bertembung dengan motosikal jenis Honda yang ditunggang mangsa dan datang dari arah sebelah kiri.

**media[3717634]**

"Akibat pelanggaran itu, mangsa yang merupakan penuntut kolej mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki, manakala pemandu treler cedera di kepala," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, pemandu treler telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, ujian air kencing terhadap lelaki berkenaan didapati negatif.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan melengkapkan kertas siasatan," katanya.

**media[3717637]**

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved