Penuntut Universiti Maut, Suspek Dimarahi Abang Mangsa – “Kau Bunuh Saya Punya Adik”

3 Jul 2025 • 3:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

“Woi, kau bunuh saya punya adik, pakai otak sikitlah, saya punya adik, kasi mati!”

Demikian jeritan penuh emosi seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa pembunuhan pelajar universiti ketika suspek utama dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Sepang, pagi tadi.

image is not available

Foto: Kosmo!

Menurut laporan Kosmo! tindakan spontan itu mengejutkan orang ramai dan mencetuskan suasana tegang seketika sebelum keadaan kembali dikawal oleh pihak polis.

Insiden itu berlaku sejurus selepas prosiding sambungan reman terhadap tiga suspek utama yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

image is not available

Foto: FMT

Majistret Khairatul Animah Jelani membenarkan ketiga-tiga suspek disambung reman selama tujuh hari bermula 4 Julai hingga 11 Julai.

Suspek tiba di kompleks mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi dalam keadaan bergari dan dikawal ketat sebelum dibawa keluar pada 9.50 pagi.

image is not available

Foto: FMT

Sebelum ini, ketiga-tiga mereka direman tujuh hari bermula 27 Jun lalu yang berakhir hari ini.

Dalam laporan terdahulu, pihak polis berjaya menahan empat individu dalam tempoh 48 jam selepas kejadian, termasuk suspek utama yang juga teman lelaki kepada rakan serumah mangsa.

Sumber: Kosmo! (Mohd. Husni Mohd. Noor)