Penuntut wanita Malaysia dilaporkan hilang di Hiroshima

30 Jan 2025 • 2:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Penuntut wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke kampus sejak malam Isnin, menurut Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ) pada Rabu.

MSAJ dalam catatan di laman Facebook rasmi memaklumkan Nurin Hannani Hafizi, 21, penuntut institusi pengajian Kure Kosen dikatakan keluar dari kampus dengan hanya membawa beg galas, dompet dan pasport.

“Pihak Kosen sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan ini,” menurut catatan itu.

MSAJ turut memohon bantuan komuniti untuk menyebarkan maklumat kehilangan Hannani.

Kehilangan pelajar itu turut dikongsi sebuah organisasi dakwah rakyat Malaysia di Jepun, IMAN Jepun menerusi Facebook dan pengguna media sosial.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved