Penurunan harga telur ayam tidak beri impak diharapkan: Calvin

22 Jun 2024 • 2:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Penurunan harga telur ayam tidak memberi impak diharapkan, kata Adun Elopura, Calvin Chong.

Calvin mengulas kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan berhubung penurunan harga telur gred A, B dan C di pasar raya di sini sebanyak 3 sen, dijual masing-masing pada 48 sen, 47 sen dan 46 sen sebiji.

“Semasa saya membuat tinjauan di beberapa pasar raya di sekitar Sandakan, saya mendapati telur ayam jenis omega lebih banyak berbanding telur ayam biasa.

“Malah, harga telur ayam omega pula mencecah sehingga RM21.49 sekotak (30 biji).