Penutupan Jalan Sementara Di Stadium Sarawak Sabtu Ini Sempena Majlis Penutupan Para SUKMA

26 Sep 2024 • 12:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Polis umum laluan alternatif bagi majlis penutupan Para Sukma

Penutupan Jalan Sementara Di Stadium Sarawak Sabtu Ini Sempena Majlis Penutupan Para SUKMA. Beberapa jalan di sekitar Stadium Sarawak pada hari Sabtu ini (28 Sept) akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada majlis penutupan Para Sukma XXI. ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, Ketua Polis Daerah Kuching, menjelaskan bahawa penutupan ini akan bermula jam 3 petang sehingga acara berakhir.

Antara jalan yang akan terjejas termasuk kawasan sekitar Stadium Perpaduan, Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Padang Gasing, dan beberapa jalan utama seperti Jalan Diplomatik dan Jalan Stadium. Laluan masuk ke tempat letak kereta awam dan bas juga akan diubah.

image is not available
Penutupan Jalan Sementara Di Stadium Sarawak Sabtu Ini Sempena Majlis Penutupan Para SUKMA. Sumber foto: The Borneo Post

Bagi pengunjung yang ingin ke tempat letak kereta awam, mereka dinasihatkan untuk menggunakan laluan khas melalui bulatan Casuarina dan Jalan Casuarina. Pemandu yang melalui Jalan Diplomatik pula boleh terus ke tempat letak kereta di belakang Stadium Sarawak.

Untuk keluar dari kawasan acara, kenderaan dari kawasan Stadium Sarawak perlu menggunakan Jalan Diplomatik ke arah Demak, manakala yang berada di Jalan Stadium (Ring) harus menuju ke Jalan Casuarina.

ACP Mohd Farhan menyarankan orang ramai agar merancang perjalanan dengan teliti, mengelak meletak kenderaan di bahu jalan, dan mempertimbangkan laluan alternatif untuk mengurangkan kesesakan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Baca juga artikel yang berkaitan: