
JKR Sarawak Umum Penutupan Jalan di Flyover BDC Hingga 10 September
Penutupan Sebahagian Jalan BDC Mulai 30 Ogos Hingga 10 September. Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah mengeluarkan notis mengenai penutupan sebahagian jalan sementara di Flyover BDC. Penutupan jalan ini akan memberi kesan kepada bahagian jalan dari Jalan Tun Jugah hingga ke Jalan Lapangan Terbang Kuching.
Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan ini dijadualkan bermula pada 30 Ogos dan akan berlangsung sehingga 10 September.

JKR Sarawak menyatakan bahawa penutupan jalan ini perlu untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan semula permukaan jalan. Sepanjang tempoh penutupan ini, orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengurusan lalu lintas boleh menghubungi pejabat JKR Bahagian Kuching pada waktu pejabat.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Nurul Athirah atau Rani di 082-203400, atau Roy di 013-2243050.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut dan mematuhi sebarang papan tanda dan isyarat lalu lintas sementara untuk memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan di sekitar zon pembinaan.


