Penyahklasifikasian dokumen Lembaga Pengampunan bukan perkara luar biasa - PM

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 7:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penyahklasifikasian dokumen Lembaga Pengampunan bukan perkara luar biasa - PM
Anwar semasa sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026, pada Khamis.

SHENZHEN (China) - Dokumen asal Lembaga Pengampunan sememangnya dikategorikan sebagai rahsia, namun proses penyahklasifikasian bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya dokumen berkenaan dicabar melalui proses mahkamah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kebiasaannya, permohonan atau cabaran melalui mahkamah terhadap dokumen berkenaan boleh membawa kepada proses penyahklasifikasian, manakala tarikh pelaksanaannya ditentukan kemudian.

"Dokumen asal itu memang rahsia tetapi selalunya kalau dibawa ke mahkamah, dinyah (klasifikasi). Itu dalam kes saya dulu pun macam itu.

"Mula rahsia, tetapi sebaik sahaja ada cabaran mahkamah, masa saya dulu saya tidak cabar keputusan Lembaga, saya cabar prosesnya,” kata beliau pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 di sini pada Khamis.

Anwar berkata, sekiranya terdapat persoalan atau masalah lain berkaitan perkara itu, ia boleh dirujuk kepada Jemaah Menteri.

Beliau mengulas laporan mengenai minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membincangkan pemberian tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang telah dinyahklasifikasikan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved