“Penyakit Bodo, Penyakit Nak ‘Attention’, Semua Benda Nak Bagitau” – ‘Tweet’ Pasal Penyakit Ain, Ben Amir Sindir Siapa?

1 Nov 2023 • 4:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hantaran dimuat naik oleh pelakon Ben Amir semalam meraih perhatian warganet kerana bersetuju dengan kata-katanya mengenai ‘penyakit’ yang menakutkan.

Menerusi Twitter, Ben berkata penyakit ain sememangnya menakutkan tetapi ia tidak boleh melawan penyakit lain yang menurutnya lebih scary.

Ada lagi scary tau. Penyakit semua benda nak bagitau orang, penyakit bodo dan penyakit nak attention.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun ramai warganet bersetuju dengan pendapat pelakon drama Sweet Dreams itu.

Dalam pada itu, sesetengah individu berpendapat hantaran tersebut dimuat naik susulan isu pempengaruh terkenal, Aisyah Hijanah yang tular baru-baru ini.

Terdahulu, Aisyah teruk dikritik warganet gara-gara tidak mengendahkan nasihat suaminya dan fokus membaca komen ketika live di TikTok.

image is not available 2 days ago

"Semua Benda Nak Tayang Kenapa?" - 'Influencer' Teruk Dikecam Tak Endah Nasihat Suami, Fokus Baca Komen 'Live'