
TAWAU: Adun Sri Tanjong Justin Wong menggesa Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan tegas dengan menggubal undang-undang komprehensif bertujuan membendung peningkatan jenayah kebencian kaum dan agama.
Dalam satu kenyataan, di sini, Selasa, Wong berkata ini perlu termasuk peruntukan untuk menangani diskriminasi terhadap minoriti, khususnya bukan Islam, dalam usaha memupuk masyarakat yang lebih inklusif dan harmoni.
Beliau berkata keadaan semakin buruk terutama di media sosial, dengan orang ramai secara terbuka dan meluas mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan diskriminasi tanpa rasa takut.
“Apa yang lebih teruk ialah tingkah laku seperti ini seolah-olah telah menular ke Sabah dan ia menjejaskan keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh rakyat Sabah,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Memetik contoh, beliau berkata status halal di kafe dan restoran telah menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial di Tawau, dengan ramai orang menghina dan mengkritik restoran yang tidak mempunyai status halal.
“Adalah membimbangkan untuk melihat bahawa banyak komen ini dibuat dengan unsur kebencian dan perkauman dan ia dibuat secara terbuka tanpa mengambil kira sensitiviti orang dari kaum dan agama lain.
“Teguran seperti ini akan dianggap sebagai jenayah kebencian di United Kingdom kerana menunjukkan permusuhan berdasarkan kaum dan agama. Tetapi tidak di Malaysia kerana kita masih tidak mempunyai undang-undang untuk menghukum jenayah kebencian kaum dan agama,” katanya.
Justeru, katanya, sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan dan menggubal undang-undang yang akan menghukum jenayah kebencian kaum dan agama, termasuk yang dibuat di media sosial.
Beliau berkata undang-undang perlu menjadikan kenyataan kebencian kaum dan agama serta diskriminasi berdasarkan kaum dan agama sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum.
Wong berkata walaupun semua rakyat Malaysia mengakui Islam sebagai agama rasmi negara, pada masa sama, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa setiap kaum dan agama mesti dihormati termasuk nilai dan budayanya.
“Sabah sangat berbeza. Kami menghargai perbezaan kami dan kami menghormati antara satu sama lain. Kita harap ‘mindset kebencian’ ini tidak menyusup masuk ke Sabah. Kami tidak akan membiarkan (kebencian kaum dan agama) dan kami tetap teguh dalam mempromosikan masyarakat berbilang kaum,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

