
TAWAU: Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dilihat semakin membimbangkan di negeri ini berikutan ramai penduduk dikesan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sanna berkata, situasi itu memerlukan satu inisiatif dilaksanakan bagi membendung isu berkenaan dalam kalangan masyarakat.
Justeru, katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan pelbagai program bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, sekaligus menangani penyakit NCD.
Menurutnya, ketika ini pihaknya juga sedang dalam rangka mengadakan program-program jelajah sihat di seluruh negeri ini, termasuk di Tawau.
