Penyakit Tulang Jadi Punca Badan Elsa Terlalu Kurus

8 Jan 2024 • 3:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Alami penyakit tulang menjadi punca Harimau Putih Bengal atau Elsa terlalu kurus seperti mana yang ditularkan oleh pengunjung zoo, baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo, perkara itu disahkan sendiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datin Sapiah Haron dalam sidang akhbar di Zoo Melaka.

Elsa terlalu kurus

image is not available

“Kita mengambil Elsa ini pada 2019 pada usianya sembilan bulan dengan berat badannya hanyalah 50 kilogram dan kini melalui diet pemakanan yang disediakan oleh doktor haiwan, beratnya bertambah kepada 80 kilogram.

“Elsa bukanlah kurus kerana tidak diberi makan tetapi seleranya kurang disebabkan penyakit tulang dihidapi dan keadaannya sentiasa dipantau termasuk oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.

Bukan itu sahaja, Sapiah turut menjelaskan Elsa dijaga dengan penuh kasih sayang malah, pihaknya akan meletakkan butiran mengenai kesihatan haiwan tersebut bagi menggelakkan sebarang spekulasi berlaku.

image is not available

“Kita menjaga Elsa ini dengan penuh kasih dan sayang, namun dia tidak sihat seperti harimau lain yang makan antara lima hingga tujuh kilogram sehari.

“Bagi mengelakkan spekulasi berkenaan keadaan Elsa ini berlarutan, pihak Zoo Melaka akan meletakkan maklumat kesihatannya di papan paparan info supaya pengunjung dapat memahami situasi sebenar,” katanya.

Sekadar info, Zoo Melaka mempunyai sebanyak 12 ekor harimau iaitu empat Harimau Malaya, Bengal (satu), sepasang singa dan Harimau Kumbang enam ekor.

Sumber: Kosmo (Diyanatul Atiqah Zakarya)