Penyalahgunaan Dadah Punca Masalah Jenayah Di Kelantan – Polis

LocalPolitics
5 Feb 2025 • 2:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis Kelantan menjadikan operasi membanteras pengedaran dan penagihan dadah sebagai jihad dan percaya kadar jenayah di Kelantan akan berkurangan sekiranya masalah itu berjaya diselesaikan.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata hasil pemantauan, pihaknya mendapati masalah jenayah di negeri itu berpunca dari penyalahgunaan dadah.

Jenayah di Kelantan berpunca dari masalah dadah

image is not available

“Hasil pemantauan selama 100 hari melaksanakan tugas sebagai Ketua Polis Kelantan saya dapati masalah jenayah negeri ini berpunca daripada penyalahgunaan dadah.

“Maklumat ini hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek yang ditangkap selepas terlibat dengan jenayah,” katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui semasa Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Menurut Mohd Yusoff, melihat kepada perkara itu operasi memerangi dadah perlu dilaksanakan dan pada masa yang sama, beliau turut mendedahkan pil kuda merupakan antara yang paling banyak disalah guna di negeri itu.

image is not available

“Jika masalah dadah berjaya diselesaikan secara asasnya kadar jenayah akan berkurangan. Pil kuda atau yaba antara dadah yang paling banyak disalahgunakan di negeri ini,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)