
Seorang penyampai berita, Farrah Nasser mengalami detik ‘memalukan’ apabila dia tertelan lalat sewaktu menyampaikan berita secara langsung baru-baru ini, lapor Daily Mail.
Difahamkan, Farah yang merupakan penyampai berita segmen antarabangsa Global News Kanada pada asalnya sedang melaporkan isu mengenai banjir yang berlaku di Pakistan.
Bagaimanapun ketika sedang fokus menyampaikan laporan, riak eskpresi mukanya tiba-tiba berubah apabila seekor lalat didapati ‘tersesat’ masuk ke mulutnya hingga membuatkan dia seperti tersedak dan terdiam.
Meskipun sedikit cemas, namun Farah dengan pantas segera menyambung semula penyampaian laporan berita tersebut secara profesional seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Difahamkan, tidak lama selepas kejadian tersebut, petikan siaran langsung berita yang menyelitkan sedikit detik ‘kejutan’ itu tular hingga meraih tontonan lebih 100,000 kali.
While introducing a top story during a recording of Global National, anchor Farah Nasser suddenly stopped mid-read to clear her throat after she says she swallowed a fly, but quickly continued without a sweat.
Also see: https://t.co/RCw1drMdni pic.twitter.com/W2VYmdFarx
— Globalnews.ca (@globalnews) August 30, 2022
Tambah Farah yang menjelaskan kepada CNN, dia mengakui bahawa dirinya merasakan serangga itu berada di dalam tekaknya sewaktu tertelan.
Maklumnya sebelum itu, dia sudah melihat lalat tersebut berterbangan di dalam studio namun tidak mengendahkannya, tapi tidak dijangka pula serangga itu akan terbang memasuki kerongkongnya.
Sementara itu, dalam temu ramahnya bersama ET Canada juga, dia turut menjelaskan tentang perkara itu dengan lebih jelas.
Jelas Farah, walaupun ia berlaku ketika siaran langsung, dia tidak berasa malu atau kecewa kerana baginya ia merupakan satu ‘hiburan’ kepada orang ramai.
“Mengenai klip video yang tular itu, saya gembira membuat orang ramai walaupun ia sesuatu perkara yang memalukan,” katanya.
Terdahulu, kejadian serupa turut terjadi kepada Perdana Menteri Ontario, Doug Ford apabila dia pernah tertelan seekor lebah sewaktu sedang bersiaran langsung.
Ford berkongsi detik ‘indah’ sedemikian menerusi satu perkongsian di laman Twitter miliknya.
Hidung berdarah semasa ‘live’, penyampai berita kekal ‘steady’

Imbas kembali, sebelum ini turut pernah berlaku satu kejadian hampir serupa melibatkan gangguan dialami penyampai berita sewaktu bersiaran langsung dalam kejadian kira-kira dua bulan lepas.
Memetik kembali laporan terdahulu, seorang penyampai berita di China tekad meneruskan penyampaiannya walaupun sedang mengalami pendarahan di hidung ketika bersiaran langsung.
Walaupun gangguan itu berisiko membuatkan penyampaiannya terganggu, namun penyampai tersebut, Huang Xinqi terus menyampaikan berita dengan tenang sambil membiarkan darah mengalir di hidungnya.
Difahamkan, situasi itu membuatkan penonton berasa bimbang disebabkan dia langsung tidak meminta bantuan daripada kru produksi kerana takut dipecat (akibat hentikan penyampaian tiba-tiba).
Sumber: Daily Mail
The post Penyampai Berita Tertelan Lalat Sesat Sewaktu ‘Live’, Tersedak Kejap appeared first on Siakap Keli.


