Penyamun kebas rantai berlian jutaan dolar beli tiket pameran, tak pakai topeng

28 Aug 2026 • 6:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyamun kebas rantai berlian jutaan dolar beli tiket pameran, tak pakai topeng

VIENNA – Dua lelaki membeli tiket untuk memasuki Muzium Seni Gunaan (MAK) di Vienna, Austria sebelum memecahkan bekas pameran dan mencuri seutas rantai leher platinum bertatahkan berlian 200 karat dan melangkah pergi, kata polis hari ini.

Media Austria melaporkan,  rantai leher Van Cleef and Arpels bertatahkan  673 batu permata itu bernilai jutaan dolar. Ia merupakan kejadian terbaru dalam siri rompakan berprofil tinggi melanda muzium-muzium di Eropah.

Polis berkata,  kedua-dua lelaki itu tidak memakai topeng, membayar untuk masuk ke muzium dan kelihatan jelas pada kamera pengawasan.

“Mereka memecahkan bekas pameran kaca dengan tukul sebelum melarikan diri bersama barang kemas itu,” demikian menurut kenyataan polis.

Muzium MAK mengesahkan kecurian tersebut tetapi berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Rantai leher itu merupakan sebahagian daripada pameran yang dikhususkan untuk pereka Perancis, Van Cleef and Arpels.

Kira-kira 500 barangan berharga  telah dipamerkan sejak Jun lalu. Pameran itu sepatutnya berakhir pada 27 September ini  tetapi telah ditutup berikutan kecurian berkenaan.

Rantai leher  itu direka untuk bekas keluarga diraja Mesir, dan pernah dipakai oleh Ratu Nazli pada tahun 1939 untuk perkahwinan anak perempuannya, Faiza  dengan bakal Shah Iran, Mohammad Reza Pahlavi. – AFP

The post Penyamun kebas rantai berlian jutaan dolar beli tiket pameran, tak pakai topeng appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved