Penyandang: Henti isu siapa calon Sungai Buloh, tumpu menangkan HARAPAN

4 Nov 2022 • 4:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 NOV: Penyandang Parlimen Sungai Buloh menggesa isu beliau tidak dicalonkan semula dihenti sebaliknya tumpuan harus diberi kepada usaha untuk memenangkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menerima sepenuhnya keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak mempertahan kerusi berkenaan, R Sivarasa berkata kempen untuk HARAPAN lebih utama.

“Saya minta polemik mengenai saya tidak menjadi calon supaya dihenti. Yang lebih penting kempen untuk memenangkan seterusnya membawa HARAPAN ke Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KEADILAN menamakan Timbalan Ketua Penerangan 1 Datuk R Ramanan di kerusi tersebut. Beliau dijangka bakal berdepan calon Barisan Nasional Khairy Jamaluddin yang juga bekas menteri kesihatan.

Turut diumum bertanding di situ, Mohd Ghazali Md Hamin dari Perikatan Nasional dan Mohd Akmal Mohd Yusoff dari Gerakan Tanah Air.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved