Penyanyi AF3, Elliza Razak meluahkan keadaan dirinya yang kini sangat memerlukan bantuan sebagai ibu tunggal, termasuk bagi urusan persekolahan dan keperluan dua anaknya.
Menerusi perkongsian di media sosial, Elliza mengakui sudah berusaha untuk bertahan dan mencari pendapatan sendiri, namun kini berdepan tekanan sehingga tidak lagi mampu menguruskan semuanya seorang diri.
AdvertisementElliza Razak Mohon Bantuan Demi Anak-anak
“Saya rasa saya memang nak cari jalan untuk dapatkan apa saja jenis bantuan yang wujud untuk IBU TUNGGAL. And bantuan untuk anak-anak saya ke. Apa-apa sajalah!”
Elliza berkata, dia kini bimbang dengan keadaan dirinya selepas mengalami beberapa episod jantung berdegup sangat laju, kesukaran bernafas, berpeluh dan hampir pitam.
Menurutnya, doktor sebelum ini memaklumkan keadaan tersebut berpunca daripada tekanan yang dialaminya.
Dalam masa sama, Elliza menjelaskan dia bukan tidak berusaha mencari pendapatan. Malah, dia mendakwa pernah melakukan sehingga 13 jenis pekerjaan, termasuk menjual minyak wangi, barangan elektrik, menerima kerja ulasan, menjadi pengisi suara, membuat persembahan, pengacaraan dan berlakon.
“Saya bukan pemalas tau. Kalau saya pemalas anak-anak saya kebulor dah sekarang.”
Elliza berkata, kebanyakan pekerjaan itu dilakukan mengikut keadaan dan dalam sehari dia boleh melakukan sehingga tiga jenis pekerjaan bagi mendapatkan pendapatan harian.
Namun, beberapa projek yang sedang diusahakan ketika ini masih belum pasti dan tidak memberikan hasil dalam masa terdekat.
View this post on Instagram
Elliza Razak Sudah Lama Bergelar Ibu Tunggal
Sebagai ibu kepada dua anak, Elliza berkata kedua-dua anaknya menjadi sebab utama untuk dia terus kuat dan berusaha meneruskan kehidupan.
“Saya ada 2 orang amanah Allah SWT yang saya kena jaga dan besarkan sepenuhnya. And dorang jelah yang membuatkan saya push diri utk teruskan hidup ni.”
Sehubungan itu, Elliza memohon bantuan daripada mana-mana pihak yang boleh membimbingnya mendapatkan bantuan yang tersedia untuk ibu tunggal serta keperluan anak-anak, termasuk urusan persekolahan.
Dia turut meminta orang ramai agar tidak meninggalkan komen yang boleh menambahkan tekanan terhadap dirinya dan berharap hanya menerima sokongan daripada lingkungan yang positif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Majlis Di KL Sebelah Saya Jemput..." - Norman Hakim Teruja Rancang Persiapan Kahwin Anak Lelaki
The post Penyanyi Akademi Fantasia 3 Mohon Bantuan, Akui Dah Tiada Daya – “Kalau Saya Pemalas, Anak Dah Kebulur” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






