Penyanyi indonesia, Tegar Septian Luang Masa Ziarah Pusara Zara Qarina

LocalFamily & Parenting
21 Oct 2025 • 11:38 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Penyanyi indonesia, Tegar Septian Luang Masa Ziarah Pusara Zara Qarina

Penyanyi dari Indonesia, Tegar Septian baru-baru ini dilihat menziarahi pusara Allahyarhamah Zara Qarina ketika berada di Sabah. Perkara tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran di Facebook oleh Mohd Iyarwan, yang dimuat naik ke dalam kumpulan Justice For Zara.

Tegar ziarah pusara Zara Qairina

image is not available

Foto: FB @justiceforzara

Dalam perkongsian itu, beberapa gambar dan video memaparkan Tegar berada di tanah perkuburan tempat Zara dikebumikan. Tegar dilihat duduk di sisi pusara dengan tenang sambil membacakan doa, sebagai tanda penghormatan dan ingatan terhadap Allahyarhamah.

Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, Tegar turut berkongsi video dengan kapsyen ringkas,

“Tak ada hari tanpa doa untukmu. Semoga Allah tempatkan kamu di syurga terindah, Zara Qarina. Al-Fatihah.” tulisnya.

Berdasarkan postingan di Instagram, Tegar dipercayai berada di Sabah atas urusan kerja, kemungkinan berkaitan dengan persembahan atau program yang telah dijadualkan.

Dalam kesempatan itu, dia turut mengambil masa untuk bertemu dengan keluarga Allahyarhamah Zara, selain ziarah pusara arwah.

Zara Qarina merupakan seorang kanak-kanak yang kisahnya sebelum ini pernah menjadi perhatian meluas masyarakat susulan satu kes menyayat hati yang mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Kisahnya telah mencetuskan gerakan solidariti dalam talian yang dikenali sebagai Justice For Zara, yang terus aktif hingga ke hari ini.

image is not available

Lawatan Tegar ke pusara Zara mengundang perhatian di platform Facebook dan Instagram, terutamanya dalam kalangan mereka yang mengikuti perkembangan kes tersebut sejak awal.

Ia juga dilihat sebagai satu bentuk penghargaan dan ingatan terhadap Zara, yang kisahnya masih segar dalam ingatan masyarakat meskipun masa telah berlalu.

Sumber: Facebook @justiceforzara, Instagram @tegar_official