Penyanyi Jay Jay meninggal dunia

4 Aug 2024 • 11:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penghibur veteran tanah air, Mohd Fauzi Darus yang lebih dikenali sebagai Jay Jay telah meninggal dunia di sebuah hospital di Damansara pada Ahad.

KOTA DAMANSARA - [DIKEMAS KINI] Penyanyi Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Darus, 67, meninggal dunia di Hospital Thompson Kota Damansara, Selangor pada malam Ahad.

Berita duka pemergian penyanyi yang terkenal dengan lagu Rindu Bayangan itu disahkan rakan artis iaitu Datuk Hattan yang mendapat perkhabaran daripada isteri Jay Jay, Zaitoon.

Pada Jun lalu, Jay Jay mengalami lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Mei lalu.

Tidak lama kemudian, Jay Jay diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan di Petaling Jaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved