Penyanyi Kelahiran Sarawak Eison Chai Ditemui Mati Di Taipei, Didakwa Terjatuh Dari Bangunan Stesen MRT

17 Aug 2022 • 6:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mendiang merupakan seorang penyayi terkenal di rantau itu

Penyanyi Kelahiran Sarawak Eison Chai Ditemui Mati Di Taipei, Didakwa Terjatuh Dari Bangunan Stesen MRT. Dilaporkan seorang penyayi yang berasal dari Kuching, Sarawak, telah ditemui mati di Taiwan.

Penyayi tersebut, Eison Chai, merupakan seorang penyayi yang terkenal di rantau itu setelah memenangi musim kedua pertandingan nyanyian tempatan iaitu ‘Super Idol’.

image is not available
Penyanyi Kelahiran Sarawak Eison Chai Ditemui Mati Di Taipei, Didakwa Terjatuh Dari Bangunan Stesen MRT

Didakwa terjatuh dari bangunan stesen MRT

Menurut laporan, Eison Chai ditemui mati hari ini selepas didakwa terjatuh dari bangunan stesen MRT Luzhou di New Taipei, Taiwan pada jam 10AM waktu tempatan.

Penyanyi berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis tempatan berkata mereka telah melancarkan siasatan berhubung kejadian tersebut namun tiada butiran lanjut diberikan.

Mula mendaki tangga populariti selepas memenangi pertandingan nyanyian di Taiwan

Mendiang berhijrah ke Taiwan dari Kuching pada usia 19 tahun dan mula menjadi popular di kalangan peminat di rantau itu setelah memenangi pertandingan nyanyian ‘Super Idol’.

Mendiang dan rakan-rakannya kemudian membentuk sebuah kumpulan muzik rock pada tahun 2019 iaitu ’87’ dan melancarkan album sulung mereka ‘Dream Together’.

image is not available
Eison Chai mendaki tangga populariti di Taiwan setelah memenangi musim kedua pertandingan ‘Super Idol’. Kredit foto: FMT

Pada masa yang sama juga, mendiang turut menceburi bidang perniagaan makanan dan menubuhkan sebuah restoran laksa di Ximending, Taiwan.

Mendiang meninggalkan seorang isteri, iaitu pelakon Taiwan Hitomi Wu, juga dikenali sebagai Wang Tong.

Lagi di sini: