Penyanyi Kumpulan Terkenal Tergamak Mahu Culik Anak Selebriti Wanita, Pembantu Rumah Jadi Dalang?

Entertainment
3 Jan 2024 • 12:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Ada khabar angin yang mengatakan seorang penyanyi lelaki yang merupakan vokalis kumpulan terkenal tergamak menyuruh pembantu rumah untuk melarikan anaknya dari bekas isteri yang juga merupakan selebriti wanita.

Menurut laporan Harian Metro, selebriti wanita yang juga pernah menjadi seorang penyanyi popular itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Ampang, Selangor selepas kejadian itu berlaku pada bulan lepas.

Pembantu rumah yang disuruh penyanyi lelaki itu dikatakan telah berjaya ditahan polis pada hari kejadian.

Bekas suami selebriti wanita itu dipercayai tergamak mengarah pembantu rumahnya melakukan perkara itu sebab dah lama tak jumpa anak lelaki yang merupakan anak angkat ketika mereka berdua masih bersama dulu.

Walau bagaimanapun, selebriti wanita itu telah membawa kes tersebut bagi tujuan hak penjagaan anak di mahkamah syariah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved