Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

LocalEntertainment
11 Jun 2025 • 9:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Basstamam, Syed Iqbal, mendedahkan bahawa dia pernah bergelar suami pada tahun 2022.

Syed, atau nama penuhnya Syed Muhammad Iqbal Jamalullail, 24, berkata dia bernikah dengan wanita yang lebih muda setahun daripadanya.

Namun, ikatan perkahwinan hasil pilihan keluarga itu hanya bertahan selama setahun.

Itu adalah kehidupan yang saya pernah jalani dan ya, saya pernah berkahwin cuma tidak kekal lama.

Perkahwinan tersebut diatur keluarga. Ketika itu umur saya 21 tahun dan kami berpisah pada 2023.

Dalam masa sama, Syed yang juga adik kepada pendakwah Da’i Syed memaklumkan dia tidak pernah menyesali perjalanan hidup yang telah ditentukan.

Saya lebih selesa menjaga privasi sebab bagi saya setiap orang ada kehidupan yang mereka perlu jalani. Saya juga tidak serik dan menyesal (dengan perceraian) sebab itu adalah takdir dan salah satu daripada rukun iman kita.

Syed yang dikhabarkan sedang mengenali seorang pempengaruh terkenal turut menyatakan kesediaan untuk berkahwin jika tiba waktunya.

Insya-Allah kalau sampai waktunya saya akan berkahwin. Namun buat masa ini apa yang saya boleh katakan adalah saya masih ‘single but not available’.

image is not available

image is not available

Untuk info, muzik video Basstamam kini telah meraih lebih 230,000 tontonan selepas 10 hari dimuat naik di YouTube.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 15 hours ago

Fara Salleh Dedah Perbualan Mesej, Dakwa Shuk Sahar 'Langgan' Pelac*r & Isteri Orang