Lagu ‘Bea Sobar Bea’ atau sebenarnya berjudul ‘Cinta Setandan Pisang’ telah mencuri perhatian dan menjadi fenomena di media sosial, terutama di TikTok.
Lagu yang dinyanyikan bersama Den Manjo itu telah melonjakkan namanya sebaris dengan penyanyi tempatan lain di Malaysia, sekali gus mempopularkan loghat Kelantan di mata dunia.
Bagaimanapun, penyanyi Eda Ezrin mengakui dia menghadapi cabaran di mana dia terpaksa menyanyi dalam keadaan ‘takut-takut’ di negeri sendiri kerana sedar situasi di Kelantan tidak membenarkan wanita membuat persembahan di khalayak ramai.
Eda atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, berkata, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyanyi kerana bakat itu adalah punca rezekinya.
“Alhamdulillah, walaupun di Kelantan sukar, saya masih menerima jemputan di seluruh negara sehingga tidak menang tangan,” katanya memetik laporan Sinar Harian pada Khamis lalu.
Difahamkan anak kelahiran Kota Bharu ini telah berkecimpung dalam seni suara sejak 10 tahun lalu. Eda akan mengadakan persembahan di Brunei pada Oktober ini.
Selain menyanyi, Eda turut membuat ‘review’ produk kecantikan dan makanan di media sosial.
The post Penyanyi lagu ‘Bea Sobar Bea’ akui terpaksa menyanyi dalam keadaan takut-takut di Kelantan appeared first on The Reporter.


