“Penyanyi Mana ‘Import’ Ni, Rosak Zaman Mudaku..” – Cliff Umar Lupa Lirik Atas Pentas, Hentam Nyanyi Apa Yang Ada

Music
19 Dec 2023 • 2:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi hebat Cliff Umar baru sahaja membuat persembahan di konsert Rock The World 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. Namun, didapati reaksi penonton yang hadir itu agak tidak memberangsangkan.

Menerusi sebuah rakaman persembahan Cliff yang dimuat naik di TikTok, difahamkan penonton tidak berpuas hati dengan penyanyi tersebut yang rupanya terlupa lirik lagu yang dinyanyikan itu.

Penyanyi mana import ni? Dengan tak ingat lirik atas pentas. Rosak zaman muda ku.

Musim dia juara GV paling pelik macam mana boleh jadi juara?

Juara program realiti terkemuka, Gegar Vaganza musim ke-7 ini telah membawa lagu berjudul La La La Kerjalah dari kumpulan Meet Uncle Hussain pada malam berkenaan. Tetapi persembahan itu ternyata menghambarkan disebabkan kesalahan vokalis tersebut yang kurang profesional di atas pentas.

Bukan itu sahaja, oleh kerana persembahan yang kurang memuaskan, rata-rata pengunjung akui telah meninggalkan lokasi konsert itu kerana enggan menonton penuh nyanyian Cliff tersebut.

Selain itu, kami kongsikan jugaa artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

(TAKZIAH) Penyanyi Ibnor Riza Telah Menghembuskan Nafas Terakhir