Penyanyi Mexico Ditembak Mati Oleh Suami Berusia 79 Tahun

WorldEntertainment
26 Jun 2022 • 12:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Yrma Lydia dan suami, Jesús Hernández Alcocer. - Gambar dari Facebook Yrma Lydia

Seorang penyanyi di Mexico ditembak mati oleh suaminya yang berusia 79 tahun di sebuah restoran di Mexico City, lapor pihak berkuasa.

Yrma Lydia, 21, yang memulakan karier dalam bidang seni sejak kecil, ditembak dengan tiga das tembakan di restoran Suntory Del Valle, oleh Jesús Hernández Alcocer, yang juga seorang peguam.

Lelaki berkenaan telah ditahan bersama seorang wanita lain yang turut menemaninya, kata Setiausaha Keselamatan bandar Mexico City, Omar García Harfuch.

Menurut saksi, kejadian berlaku selepas pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan isterinya. Alcocer kemudiannya cuba merasuah polis untuk membolehkannya melarikan diri namun dia ditangkap.

Wartawan melaporkan Alcocer sebelum ini telah dituduh melakukan pemerasan.

Menurut akhbar El Universal, Lydia pernah mengambil bahagian dalam persembahan Grandiosas 12, iaitu konsert yang diadakan di Mexico dan Amerika Syarikat.

Dilahirkan pada 2001, Lydya merupakan pemuzik, penari dan aktres yang dikenali di negara itu. Dia merupakan anak perempuan kepada ahli perniagaan yang terkenal di Mexico iaitu Carlos Quinones.

Keganasan gender telah meningkat di Mexico dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan purata 10 wanita dibunuh setiap hari. - Daily Mail

View Original Article